Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 m/s 210-214 (Sasbadi Sdn Bhd) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 5) atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.
Podcast
Youtube
Kegunaan peralatan optik kebiasaannya dihubungkaitkan dengan jenis imej seperti nyata atau Maya dan saiz imej yang dibentuk oleh kanta. Antara peralatan yang menggunakan objek adalah seperti kanta pembesar, mikroskop dan teleskop astronomi.
Menentukan kuasa pembesaran mikroskop:
Kuasa pembesaran mikroskop = kuasa pembesaran kanta objek x kuasa pembesaran kanta mata
Teknologi dalam bidang optik ini membolehkan ketebalan kanta yang digunakan dalam peralatan optik seperti telefon pintar televisyen litar tertutup (CCTV) menjadi setebal beberapa mm sahaja iaitu sangat nipis. Panjang fokus kanta dalam kamera dslr mempengaruhi medan penglihatan dimana semakin pendek panjang fokus kanta semakin luas medan penglihatan.