SAINS T2 – Topik 6.1A: Sifat Asid & Alkali

by Cikgu Azhar
0 comment
Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bagi Bab 5 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 126 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.
 
Contoh asid ialah asid hidroklorik dan cuka manakala alkali contohnya ialah larutan natrium hidroksida dan air sabun. 

Sifat alkali ialah nilai pH kurang daripada 7, berasa masam, mengakis, menukarkan kertas litmus biru kepada merah dan bertindak balas dengan logam untuk menghasilkan gas hidrogen. Sifat alkali ialah nilai pH lebih daripada 7, berasa pahit, mengakis, menukarkan kertas litmus merah kepada biru dan tidak bertindak balas dengan logam.

Sekiranya sesuatu bahan mengandungi asid seperti jus oren maka ia dikenali sebagai bahan berasid. Sekiranya sesuatu bahan mengandungi alkali seperti ubat gigi dan sabun maka ia dikatakan sebagai bahan beralkali.

Air berperanan penting untuk menunjukkan sifat sifat asid dan alkali. Kertas litmus merah tidak akan bertukar kepada warna biru sekiranya natrium hidroksida tidak ditambahkan dengan air. Begitu juga dengan kertas litmus biru tidak akan berubah warna kepada merah sekiranya asid tidak ditambahkan di dalam air.

Sifat bahan yang berbeza dapat ditentukan sama ada ia beralkali atau berasid dengan menggunakan penunjuk yang sesuai. Penunjuk ialah sejenis pewarna atau campuran beberapa jenis pewarna yang berubah warna berdasarkan kepada bahan yang diuji.
Antara penunjuk ialah Fenolftalein, penunjuk semesta, metil jingga, kertas litmus biru dan kertas litmus merah.
  • Fenolftalein tidak akan berubah warna sekiranya bahan itu berasid atau neutral, sebaliknya ia menjadi merah jambu sekiranya bahan itu berasid.
  • Penunjuk semesta akan berubah kepada warna merah jika bahan berasid, hijau jika neutral dan biru jika beralkali.
  • Metil jingga akan berubah menjadi warna merah jika bahan berasid dan berubah menjadi kuning sekiranya bahan itu neutral atau beralkali.
  • Kertas litmus biru akan berubah kepada warna merah sekiranya bahan itu brexit namun tidak berubah warna jika neutral atau alkali. 
  • Kertas litmus merah akan berubah warna kepada biru sekiranya bahan itu beralkali tetapi kekal berwarna merah sekiranya bahan itu berasid atau neutral.
Sumber foto: freepik.com

You may also like

Leave a Comment