SAINS T5 – Topik 5.2: Hidrokarbon

by Cikgu Azhar
0 comment
Penerangan Sains Tingkatan 5 KSSM bagi Bab 4 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 5 (m/s 145-149) atau klik 👉 http://online.anyflip.com/oxps/ppuv/mobile/index.html (Terbitan Sasbadi Sdn Bhd).
 
Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon? Hidrokarbon ialah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja. Sebatian hidrokarbon adalah diperolehi daripada sumber semulajadi. Hidupan laut yang mati terbenam di dasar laut. Selepas berjuta-juta tahun, sisa itu tertanam semakin jauh ke dalam dasar laut. Penggabungan kesan tekanan oleh lapisan pasir dan lumpur, haba yang diserap daripada persekitaran dan proses penguraian oleh bakteria mengubah sistem itu menjadi petroleum dan gas asli. 
 
Begitu juga dengan pembentukan arang batu, berjuta-juta tahun dahulu sisa tumbuhan yang mati tertanam secara semula jadi. Selepas berjuta-juta tahun sisa itu tertanam semakin jauh ke dalam tanah di bawah lapisan batu tebal. Penggabungan kesan tekanan oleh lapisan batu haba yang diserap daripada persekitaran dan proses penguraian oleh bakteria mengubah fosil tumbuhan menjadi arang batu. Petroleum ialah campuran hidrokarbon. 
 
Proses penyulingan berperingkat digunakan kerana pecahan pecahan petroleum mempunyai takat didih yang berbeza. Hidrokarbon terbahagi kepada 2 iaitu sebatian hidrokarbon tepu dan tak tepu. Hidrokarbon tepu mempunyai ikatan kovalen tunggal antara atom karbon dengan atom karbon. Manakala hidrokarbon tak tepu mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon dengan atom karbon atau ikatan kovalen ganda tiga di antara atom karbon dengan atom karbon. 
 
Siri homolog termasuklah alkana dan alkena. Alkana ialah sebatian hidrokarbon tepu manakala alkena ialah sebatian hidrokarbon tak tepu. Sumber tenaga alternatif adalah seperti sumber tenaga solar, sumber tenaga angin, sumber tenaga hidro, sumber tenaga biojisim dan beberapa lagi.
 
Sumber imej: freepik.com

You may also like

Leave a Comment