SAINS T2 – Topik 6.1B: Nilai pH dan Kegunaan Asid & Alkali

by Cikgu Azhar
0 comment
Penerangan Sains Tingkatan 2 KSSM bagi Bab 5 bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 2 m/s 130 (Terbitan Karangkraf Network) atau juga boleh dilihat di pautan ini (Buku Teks Sains Tingkatan 2) atau https://anyflip.com/cabyg/tsih atau sambil mengikuti nota yang disediakan di bawah.
 
Skala pH digunakan untuk menentukan kekuatan sesuatu asid atau alkali. Julat nilai pH adalah antara 0 hingga 14. Sekiranya nilai menurun daripada 6 hingga 0 itu menunjukkan keasidan semakin bertambah. Sekiranya nilai pH bertambah daripada 8 hingga 14 itu menunjukkan kealkalian semakin bertambah.
 
Asid dan alkali sering digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti cuka dan sabun serta pencuci pakaian. Sebahagian asid dan alkali juga digunakan dalam pelbagai sektor seperti sektor pertanian, sektor perindustrian dan perubatan.
 
Antara kegunaan asid dan alkali dalam kehidupan harian ialah seperti asid tartarik, asid karbonik dalam minuman bergas, asid sulfurik dalam bateri kereta, cuka untuk jerukkan makanan, kalium hidroksida dalam sabun mandi, ammonia dalam baja, magnesium hidroksida dalam pil mencegah gastrik dan natrium hidroksida dalam detergen.
 
Sumber foto: freepik.com

You may also like

Leave a Comment