SAINS T4 – Topik 10.1: Perubatan Tradisional, Perubatan Moden & Perubatan Komplimentari

by Cikgu Azhar
0 comment

Penerangan Sains Tingkatan 4 KSSM bersama-sama Cikgu Mohd Azhar. Murid adalah digalakkan menonton video yang disediakan di blog cikguazhar.com. Bagi murid yang mengikuti audio podcast, murid-murid PERLU mendengar penerangan ini berbantukan buku teks Sains Tingkatan 4 m/s 204-205 (Terbitan Odonata Publishing) masing-masing atau boleh lihat dipautan ini http://anyflip.com/phexa/rpxa.

Podcast

Youtube

Perubatan tradisional adalah kaedah perubatan yang menggunakan haiwan atau tumbuh-tumbuhan serta bahan semulajadi dan diaplikasikan secara khusus ataupun secara gabungan bagi mendiagnosis dan merawat penyakit. Ciri-ciri perubatan tradisional adalah seperti:

  • kos rawatan yang rendah
  • rawatan menggunakan bahan semulajadi daripada haiwan dan tumbuhan
  • Keberkesanan yang perlahan
  • diwarisi dan diamalkan secara turun-temurun
  • pembuktian adalah secara pengalaman atau testimoni

Perubatan moden adalah campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan secara terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan serta melibatkan bidang seperti perubatan klinikal penyelidikan perubatan dan pembedahan untuk merawat penyakit atau kecederaan. Ciri-ciri perubatan moden adalah:

  • kos rawatan yang mahal
  • rawatan menggunakan ubat sintetik
  • melibatkan rawatan moden seperti pembedahan rawatan laser dan radioterapi
  • rawatan lebih berkesan dan cepat
  • keberkesanan terbukti secara klinikal

Perubatan komplimentari adalah merujuk kepada pelbagai kaedah dalam penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman berzaman. Ia merangkumi beberapa bahagian iaitu produk semulajadi senaman badan dan minda. Kaedah ini digunakan bersama rawatan moden bagi merawat sesuatu penyakit. Ciri-ciri perubatan komplimentari adalah seperti:

  • tidak melibatkan pembedahan dan jahitan terhadap tubuh badan.
  • tidak menggunakan ubatan theraputic dadah dan bahan sintetik kimia
  • mengambil kira pandangan perubatan moden dan tradisional

Perubatan komplimentari adalah mengambil kira pandangan perubatan moden dan tradisional.

You may also like

Leave a Comment