Edublogger Meetup #2: Selangkah Ke Hadapan..

by Cikgu Azhar
0 comment

Setelah tiga minggu berlalu baru saya berkesempatan untuk menulis posting Edublogger Meetup #2 yang telah pun berlangsung pada 4-5 Disember yang lalu. Edublogger Meetup #2 kali ini diadakan pada hujung tahun sempena cuti sekolah. Pada meetup #1 kami telah menjemput individu yang berkepakaran dalam bidang penulisan (Zamri Mohamad), pembangunan laman web (Edwin Masripan) dan pengiklanan internet (Sifu Adwords). Lihat post sebelum ini di sini. Berbeza dengan meetup #2 kali ini kami telah membawakan penampilan istmewa yang terdiri daripada para blogger pendidikan professional di Malaysia. Antara yang hadir adalah Cikgu Hailmi, Cikgu Raihan, Cikgu Herry (mudahmengajar.com), Cikgu Amjad (Cikgu Share) dan ramai lagi. Kali ini para peserta hampir mencecah 40 orang. Bukan sahaja terdiri daripada cikgu-cikgu, bahkan juga kali ini dihadiri oleh graduan IPG, pensyarah, pegawai BTP dan juga peserta dari bidang industri serta 2 peserta yang baru berumur 12 tahun. Dihujung post ini nanti saya senaraikan blog-blog peserta yang telah hadir ke meetup ini.

postermeetup2

Hari Pertama (Rabu – 4 Disember 2019)

Sesi pertama adalah perkongsian bersama Pn Wan Noraini (Leadership & Learning, Apple Malaysia) yang berkongsikan berkaitan dengan kepentingan penggunaan teknologi dalam pembelajaran masa kini. Perkongsian diteruskan lagi oleh Cikgu Hailmi (Ikon Guru STEM dan Adiwira PAK21) berkenaan dengan sejarah bermulanya penulisan blog beliau ketika berada di Sarawak hingga kini, pengalaman beliau dalam dunia pendidikan sehingga mendapat pelbagai anugerah, penyertaan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa dan beberapa tips berguna lagi bermanfaat untuk menjadi blogger pendidikan turut dikongsikan oleh beliau. 

Sesi di sebelah petang pula diteruskan dengan Sesi Everyone Can Create, oleh Cikgu Razif a.k.a Cikgu Siber yang merupakan bos kami bagi program meetup ini. Sesi ini agak berbeza dan sangat menarik di mana para peserta diajar menggunakan satu aplikasi dari Apple menerusi ipad iaitu Keynote melukis secara tracing wajah sendiri dan kemudian memasukkan animasi pada hasil lukisan tersebut. Kemahiran yang diajarkan ini adalah asas kepada kemahiran untuk membolehkan guru menghasilkan nota atau bahan pengajaran digital bagi kegunaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Video di bawah adalah hasil saya sendiri yang tak berapa nak cantik dihujung sesi ini..

Saya ni tak pandai melukis, dapat tracing foto sendiri pun kira ok lah.. Jom tengok hasil salah seorang peserta kanak-kanak beumur 12 tahun iaitu Aisyah Humaira yang memang sangat kreatif. Lihat hasil-hasil lukisan Aisyah Humaira sendiri dalam video di bawah..

Hari Kedua – (Khamis – 5 Disember 2019)

Sesi pertama untuk hari kedua diteruskan dengan forum bersama 4 ahli panel utama yang terdiri daripada Cikgu Raihan (raihanjalaludin.com), Cikgu Herry (mudahmengajar.com), Cikgu Zaki (bmspm.net) dan Cikgu Amjad (Cikgu Share) yang dikendalikan oleh moderator yang petah bercakap iaitu Cikgu IK. Pelbagai perkongsian daripada para blogger pendidikan ini dari aspek pengalaman, penulisan, tujuan blogging, tajuk penulisan blog dan banyak lagi dikongsikan bersama-sama dengan para peserta. Sebagai contoh Cikgu Zaki merupakan blogger pendidikan yang paling lama dan berpengalaman iaitu selama 21 tahun mengendalikan blog bmspm.net beliau. Sesi ini secara keseluruhannya pada saya banyak memberikan info dan manfaat bagi para blogger baharu dan bakal para blogger akan berkecimpungan sebagai blogger pendidikan (Edublogger).

Seterusnya sesi kedua diteruskan dengan sesi “Blogging Jam (With Experts)”. Sesi ini dikendalikan oleh saya, di mana para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan utama. Satu kumpulan adalah terdiri daripada para peserta yang sudah memiliki blog dan memerlukan info atau kemahiran untuk memperkemaskan blog sedia ada mereka. Kumpulan ini dibimbing oleh 3 blogger professional iaitu Cikgu Hailmi, Cikgu Raihan dan Idrisz. Manakala 3 kumpulan lagi adalah terdiri daripada para peserta yang belum dan akan memiliki blog. Tiga kumpulan ini dibimbing oleh beberapa blogger pendidikan iaitu Cikgu Razif, Cikgu Ayu, Cikgu IK, Cikgu El Gamillo, Cikgu Herry dan Cikgu Amjad. Bimbingan dari aspek teknikal seperti platform blogging (bloggerwordpress), hostingdomain, iklan dan sebagainya diperjelaskan dalam kumpulan masing-masing. Di akhir sesi ini, terdapat beberapa peserta yang berjaya mendapatkan domain bagi blog mereka sendiri. Sebagai penutup beberapa peserta dari setiap kumpulan diminta untuk memberikan feedback hasil dari sesi blogging jam tersebut. Jom dengar apa kata Cikgu Fendy dari Alor Setar, Kedah dalam video di bawah. 

Foto Aktiviti Berkumpulan “Blogging Jam”
Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan.
Kumpulan Cikgu Hailmi, Cikgu Raihan & Idrisz.my
Kumpulan Cikgu Ayu & Cikgu Razif
Kumpulan Cikgu IK dan Cikgu El Gamillo
Kumpulan Cikgu Herry & Cikgu Amjad

Sesi disebelah petang diteruskan dengan sesi “Tech Updates & Open Sharing“. Antara blogger yang berkongsikan berkaitan teknologi dan pengalaman dalam mengendalikan blog mereka dalam sesi ini adalah Cikgu Raihan, Cikgu Ayu, Cg Amjad a.k.a Cikgu Share, Cikgu Zaki dan Idrisz.my. Jom lihat gambar-gambar di bawah.

Terima kasih kepada Cikgu Razif yang telah berjaya mendapatkan beberapa penaja bagi hadiah cabutan bertuah kali ini. Apa yang menariknya adalah semua peserta dapat hadiah, cuma bertuahnya kali ini adalah pada hadiah apa yang akan peserta dapat. Cabutan bertuah yang paling best kali ini adalah hadiah “Mentor” dan nama yang terpilih akan menjadi “Mentee” untuk “Personal Coaching“. Yang dapat beruntunglah sebab dapat bantuan dan konsultasi percuma untuk bangunkan blog mereka sendiri. Nak tengok siapa yang bertuah, klik gambar di bawah.

Seperti biasalah, habis sahaja sesuatu program kalau tak bergambar memang tak sahlah! Hehe.. Jom tengok gambar peserta Edublogger Meetup #2 kali ini.

Untuk makluman hasil meetup #2 kali ini, satu hub informasi setempat dari blog-blog pendidikan (MyEduBlog.Info) secara automasi berjaya diwujudkan setelah sekian lama dirancang sejak dari meetup#1. Jemput baca penulisan Cikgu Razif mengenai MyEduBlog.Info di post beliau di sini.

Ini adalah antara beberapa maklum balas positif yang sempat saya stalk! hehe… Harap pemilik asalnya tak kisah…

Saksikan Sedikit Bingkisan Video Hasil Tangan Cikgu El Gamillo Yang Kreatif!

Sekadar itu sahaja penulisan saya kali ini, InsyaAllah khabarnya tahun hadapan meetup #3 akan diadakan di UPSI. Nantikan…..

Edublogger Meetup #3 Tahun 2020 insyaAllah di UPSI
Layari Hub Informasi Setempat Blogger Pendidikan: MyEduBlog.Info
Jom Sertai Saluran Telegram Komuniti Blogger Pendidikan Malaysia: https://t.me/myedublogcommunity
Jemput Baca Catatan Pengalaman Para Peserta Edublogger Meetup #2:
Senarai Blog | Blogger Pendidikan Yang Hadir Edublogger Meetup #2 Kali Ini:

You may also like

Leave a Comment