RPH Online!

by Cikgu Azhar
0 comment

Tahun 2020 kami diberi peluang oleh pentadbir untuk menjalankan RPH Online secara rintis seramai 5 orang. Namun secara tiba-tiba dari 5 orang dah bertambah kepada 30 orang seminggu selepas persekolahan bermula. Nampaknya guru – guru semakin berminat dan ingin berubah! Tak perlu tulis tangan dan tak perlu cetak! 

Bincang RPH Online!

Apa yang kami lakukan sama seperti sekolah – sekolah lain yang menggunakan e-RPH. Aplikasi Google Sheets digunakan sebagai alat mengarang RPH dan aplikasi Google Classroom sebagai alat untuk menghantar RPH kepada pentadbir. Inovasi idea ini ternyata mampu menjimatkan kertas dan masa guru. Kalau sebelum ini menulis buku rekod mengajar untuk pengajaran sehari memerlukan masa hampir 30 minit, namun kali ini mungkin tak sampai 10 minit. Penggunaan e-RPH juga memudahkan semakan dan pengesanan pentadbir.

Inilah antara fenomena penggunaan teknologi digital dalam pendidikan untuk tahun 2020Harap tahun hadapan, sekolah kami menggunakan e-RPH Online 100%. 

Untuk info berkaitan e-RPH, sertai kumpulan telegram e-RPH eDidik Malaysia.

You may also like

Leave a Comment