Teknologi sememangnya membantu proses pembelajaran berlaku. Namun bukan semudah mengambil teknologi dan terus dimuatkan dengan kandungan pembelajaran yang ingin kita sampaikan dengan harapan semua pelajar akan seronok dan mencapai matlamat pembelajaran. Sebaliknya, guru perlu mempertimbangkan kandungan pembelajaran yang ingin disampaikan dahulu dan kemudian melihat kesesuaian teknologi yang akan digunapakai dalam memastikan penglibatan pelajar adalah maksimum dan objektif pembelajaran dapat dicapai.
Di kala kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya melihat inilah peluang dan masanya untuk guru menggunakan teknologi sedia ada untuk melaksanakan e-pembelajaran (e-learning) bersama-sama dengan pelajar mereka.
Walau bagaimanapun, pelbagai aspek kesediaan perlu dipertimbangkan dahulu sebelum melaksanakannya. Antaranya adalah kesediaan guru, kesediaan pelajar, kesediaan teknologi dan kesediaan penilaian. Sebagai contoh, tinjauan dari aspek kesediaan pelajar boleh dilihat dari segi capaian internet pelajar sama ada terhad atau tanpa had, kesesuaian peranti yang digunakan oleh pelajar, kemahiran digital atau internet pelajar dan banyak aspek lagi.
Jom tonton webinar yang disampaikan oleh Dr Mohd Hafiz Md Hanif, Pengarah Akademi Pendidikan/Sekolah Makmal, Universiti Pendidikan Sultan Idris, semasa COVID-19 pada 30 Mac 2020, 11pagi berkaitan PEMBELAJARAN ATAS TALIAN: APA PENDIDIK PERLU TAHU?.
Isi Kandungan Video Webinar
- Pengenalan Topik
- Paradoks Teknologi
- Apa Itu Pembelajaran Atas Talian?
- Pendidikan Jarak Jauh
- Fakta Pembelajaran Atas Talian & Kadar Penembusan Internet Malaysia
- Prasyarat Pembelajaran Atas Talian
- Kesediaan Pendidik
- Kesediaan Pedagogi
- Kesediaan Teknologi
- Kesediaan Penilaian
- Perkara yang perlu dipertimbang SEBELUM melaksanakan Pembelajaran Atas Talian
- Perkara yang perlu dipertimbang SEMASA melaksanakan Pembelajaran Atas Talian
- Perkara yang perlu dipertimbang SELEPAS melaksanakan Pembelajaran Atas Talian
- TPACK Framework
- Community of Inquiry Model
- 5 Aplikasi Teknologi Untuk Pembelajaran Atas Talian
- Sesi Soal Jawab
- Penutup